fbpx
Luar Negara

Indonesia tutup penerbangan dari dan ke China

INDONESIA menutup semua penerbangan langsung dari dan ke China bermula hari ini sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan wabak coronavirus.

Presiden Indonesia Joko Widodo juga berkata, negara itu tidak mengizinkan warga China dan mereka yang berada di negara itu untuk masuk dan transit di Indonesia.

“Semalam saya telah meminta kementerian terbabit untuk menghitung secara cermat kesan langkah tersebut terhadap ekonomi Indonesia.

“Apa lagi mengingatkan China negara dagang eksport terbesar Indonesia dengan pasaran 16.6 peratus keseluruhan eksport Indonesia. China juga merupakan negara import terbesar Indonesia,” kata Joko Widodo.

Menurut Joko Widodo langkah tersebut terpaksa diambil bagi melindungi seluruh rakyat di negara tersebut daripada virus maut tersebut.


Keputusan itu diambil setelah Joko Widodo bermesyuarat bersama sejumlah menteri di Pangkalan TNI AU Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur.

Mesyuarat tersebut membahas kepulangan warga negara Indonesia ( WNI) dari Wuhan, China.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button