Luar Negara

Indonesia akan letak cip pada nombor plat kenderaan

INDONESIA akan memasang cip dengan Sistem Pengenalan Frekuensi Radio atau RFID pada nombor plat kenderaan yang dikatakan berkuatkuasa pada tahun hadapan.

Salah satu fungsi cip tersebut dipasang adalah untuk memudahkan tugas polis dalam memantau identiti kenderaan.

Polis trafik Indonesia menyatakan nombor plat kenderaan dengan cip berguna untuk pelbagai perkara dan menyokong mobiliti pemiliknya.

Menurutnya, plat tersebut juga boleh digunakan untuk menyokong pelaksanaan ETLE iaitu sistem tiket berasaskan CCTV, pembayaran tol tanpa sentuh, tempat letak kereta elektronik dan ERP (jalan berbayar).

Selain itu, plat nombor yang diletakkan cip itu lebih sukar untuk dipalsukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

“Nanti nombor plat akan dilengkapi dengan cip. Ini akan dilakukan pada tahun 2023,” kata Ketua Biro Penerangan Awam (Karo Penmas) Bahagian Perhubungan Awam Polis Brigedier Jeneral Ahmad Ramadhan di Jakarta, semalam.

Beliau menyatakan tujuan nombor plat kenderaan bermotor dengan cip sebagai nombor plat pengenalan untuk dipantau dan daripada cip tersebut, data identiti kenderaan bermotor akan diketahui.

“Kemudian melalui cip tersebut kita oleh mendapat data kenderaan dari aspekpelanggaran undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, nombor plat kenderaan awam di Indonesia juga akan ditukar dari segi warna daripada tulisan hitam putih kepada tulisan hitam putih.

Pelan ini akan dijalankan secara berperingkat pada tahun 2022.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button