Ekonomi
Indeks KLCI jatuh lagi 8.9 mata ditutup pada 1,491.33
BURSA Malaysia terus berada pada aliran menurun apabila apabila jatuh sebanyak 8.9 mata lagi berbanding semalam apabila ditutup pada paras 1,491.33 mata.
Ketidaktentuan politik negara di tambah dengan angka Covid-19 yang terus meningkat menyebabkan pelabur kurang yakin dengan senario ekonomi tempatan ketika ini.
Ketika dibuka pada pada pukul 9.05 pagi tadi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) sudah merosot 5.66 mata kepada 1,494.6 daripada 1,500.26 semasa ditutup pada Selasa.
Indeks dibuka rendah 2.98 mata kepada 1,497.28.
Suasana pasaran secara keseluruhannya negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung. – UTUSAN