NasionalNegeri

Ikhlas gesa pengurusan PKNS bantu penyewa, peniaga

PERTUBUHAN Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) sedia membantu penyewa dan peniaga di Kompleks PKNS dan SACC Mall Shah Alam.

Hal demikian susulan isu bayaran sewa pusat beli belah itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara.

“Saya menggesa pengurusannya iaitu PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (Prec) mengotakan kata-kata mereka sebagai mana janji untuk memberikan potongan 50 peratus bayaran sewa.

“Tetapi perkara lain pula yang berlaku apabila penyewa diberikan surat merah (surat amaran) berkenaan tunggakan sewa yang perlu dijelaskan.

“Namun berlaku kekeliruan kerana tidak semua penyewa menerima surat tersebut walaupun mereka mengakui tidak membayar sewa ketika premis ditutup ketika PKP.

BACA > Baru sebulan jadi ‘tokan’ dadah dah kena tangkap — Suara Merdeka

Demikian kata Presiden Ikhlas, Datuk Mohd. Ridzuan Abdullah dalam sidang akhbar di Kompleks PKNS, Shah Alam hari ini.

Menurut beliau, pihaknya tidak teragak-agak untuk membantu para penyewa di kedua-dua premis berkenaan membawa isu ini ke mahkamah bagi menuntut keadilan.

Ini kerana, penyewa dan penaiga sebelum ini memaklumkan pihak pengurusan Kompleks PKNS dan SACC Mall, berjanji akan membantu mengenai bayaran sewa ketika PKP.

Malah, penyewa dan peniaga juga mendakwa merasa tertipu apabila menerima surat amaran tuntutan tunggakan sewa.

“Saya pun pernah mengadakan pertemuan dengan pihak Prec membawa masalah para penyewa.

BACA > Lesen Finas untuk ‘Tik Tok’: Peguam saran Saifuddin dapat pandangan tepat — Suara Merdeka

“Kali pertama saya bertemu secara peribadi. Kali kedua pula saya membawa wakil peniaga dari SACC Mall dan Kompleks PKNS.

“Pengurusan memaklumkan akan memberi kata putus pada 25 Julai nanti mengenai status bayaran sewa yang dijanjikan sebelum ini selama enam bulan.

“Jika tidak ada keadilan berlaku dalam keputusan tersebut, saya menyarankan peniaga membuat laporan polis.

“Saya juga akan menyediakan bantuan guaman untuk membawa isu ini ke mahkamah supaya para penyewa di sana diberi keadilan sewajarnya,” tegasnya.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan rayuan peniaga dan penyewa di Kompleks PKNS serta SACC Mall supaya pengurusannya mengotakan janji.

BACA > Peniaga SACC Mall, Kompleks PKNS rayu Prec kotakan janji — Suara Merdeka

Ia ekoran pengurusan tersebut dikatakan berjanji memberikan potongan sewa bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button