Ekonomi

Tan Sri Esa Mohamed dilantik pengerusi MyHSR

ARKITEK disegani ramai, Tan Sri Esa Mohamed dilantik sebagai Pengerusi MyHSR Corporation Sdn. Bhd., berkuat kuasa 15 Julai 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR, Datuk Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, Esa akan membawa bersama pengalaman beliau yang luas khususnya dalam bidang perancangan dan pelaksanaan projek-projek mega.

“Pihak Lembaga Pengarah merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Esa dan berharap dapat bekerjasama erat dengan beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Esa yang memiliki latar belakang sebagai arkitek dan perancang, juga merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Akitek Jururancang (Malaysia) Sdn. Bhd.

Beliau juga tidak asing dengan projek-projek seni bina dan perancangan di Malaysia serta di luar negara.

Antara projek itu seperti Pelan Induk Tun Razak Exchange, Pelan Induk dan Seni Bina Bangunan-Bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pelan Induk Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.

Projek lain adalah Kuala Lumpur Convention Centre serta banyak lagi projek mega antarabangsa seperti Pelan Pembangunan Bandaraya Pintar Kazan, Republik Tatarstan dan Pusat Beli-Belah Tang Shan di Beijing, China. – SM

(Visited 623 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button