Ekonomi

Ikano Centres meneruskan rancangan pertumbuhannya sebagai tempat pertemuan di Malaysia dan Thailand

IKANO Centres, iaitu sebahagian dari Ikano Retail, meneruskan pendekatan saluran-omni untuk perniagaan pusat beli-belah walaupun berdepan dengan arahan penutupan operasi perniagaan hartanah dan pusat beli-belah  akibat dilanda Covid-19.

Walaupun orang ramai sudah mula kembali mengunjungi pusat beli-belah, Ikano Centres sebahagian daripada IKEA tetap memberi keutamaan pada usaha penambahbaikan dalam mempertingkatkan keperluan pengguna yang semakin berkembang.

Dengan memiliki lima pusat beli-belah dalam portfolionya – IPC, MyTOWN, Toppen dan Batu Kawan di Malaysia, serta Megabangna di Thailand, Ikano Centres telah mengekalkan kadar sewa yang normal iaitu sebanyak 92% di seluruh pusat beli-belah sepanjang tempoh 18 bulan yang lalu.

Dalam tempoh ini, Ikano Centres telah memperkenalkan pelbagai pendekatan untuk menangani isu keselamatan, menambah baik pengalaman pelanggan, merintis kongsian digital dan menginovasi platform beli-belah yang memudahkan para pelanggan untuk berhubung, beinteraksi dan belajar.

Pengarah Urusan Pusat Beli-Belah Penggunaan Bercampur Ikano Centres, Adrian Mirea, berkata: “Seperti yang dapat kita lihat, ramai pengunjung sudah mula kembali ke pusat beli-belah kami, dan kami yakin dengan perkembangan ini.”

“Bagi menambahbaik pengalaman pelanggan di serata pusat beli-belah, kami akan melaksanakan pelaburan untuk pembangunan fizikal serta platform digital agar pengalaman membeli-belah lebih menarik buat para pengunjung. Semua ini bakal memastikan agar pusat beli-belah kami terus menjadi tempat pertemuan yang selamat serta menyeronokkan.”

Ikano Centres telah memperkenalkan inovasi digital yang direka bertujuan membantu para penyewanya sepanjang penutupan serta menawarkan pelbagai cara untuk pengunjung berinteraksi dengan pusat beli-belah kegemaran mereka.

Inisiatif ini termasuklah menyediakan perkhidmatan membeli-belah secara peribadi melalui GoGet, siaran langsung di media sosial, menyertai kempen yang dianjurkan oleh GrabFood dan Foodpanda serta mengoptimumkan aplikasi pusat beli-belahnya bagi memudahkan pembelian melalui perkhidmatan pandu lalu.

 

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button