Hiburan

Ifa Raziah masih dalam pemantauan doktor

DUNIA hiburan dikejutkan dengan berita selebriti dan usahawan sensasi, Datuk Ifa Raziah, yang mengalami keletihan melampau sehingga pengsan ketika menghadiri Starvendors Mega Raya Fest 2025, lewat malam tadi. Bagaimanapun, Ifa dilaporkan sudah sedar dan kini masih menjalani rawatan di Hospital Gleneagles bagi pemantauan lanjut.

Menurut suaminya yang juga pengurusnya, Mohd Yani Abdul Rahman, keadaan itu dipercayai berpunca daripada kepenatan melampau sehingga menyebabkan tekanan darahnya meningkat secara mendadak.

“Doktor maklumkan tekanan darah Ifa tinggi, bacaan mencecah 170. Sebelum insiden itu, Ifa yang sepatutnya ditemu bual pihak media turut mengalami muntah. Dia kemudiannya pengsan dan tidak sedarkan diri.

“Ifa kini ditempatkan di wad bagi pemantauan lanjut. Buat masa ini, kami akan mengikut nasihat doktor dan fokus kepada pemulihannya dahulu,” katanya.

Ramai Titip Doa Kesembuhan

Susulan kejadian itu, ramai rakan artis dan peminat turut menitipkan doa agar Ifa segera sembuh. Mohd Yani turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang prihatin terhadap keadaan isterinya.

“Terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kesembuhan Ifa.

“Semoga yang baik-baik juga kembali kepada anda, insya-Allah,” katanya lagi.

Sebelum kejadian, Ifa yang juga Pengasas & Pengarah Urusan Starvendors dikatakan terlalu sibuk menguruskan festival tersebut sepanjang hari tanpa mendapat rehat yang mencukupi.

Starvendors Mega Raya Fest 2025 telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, pada Sabtu. Festival ini berlangsung selama 80 jam tanpa henti di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi, bermula Khamis lalu dan dijadualkan berakhir pada Isnin.

Selain Fahmi, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib turut hadir pada acara perasmian tersebut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button