Ibu Zayn Rayyan kongsi momen sebelum hilang
Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf berkongsi kenangan terakhir bersama arwah sehari sebelum kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang di Kawasan kediaman keluarnya yang terletak di Apartmen Damansara Damai.
Menurut Ismanira anak sulungnya yang merupakan seorang kanak-kanak autism itu kelihatan sangat gembira Ketika meluahkan masa bersama.
‘’Waktu ini Isnin minggu lepas, 4 Disember. Ini last mommy dan daddy dapat bawa abang jalan-jalan.‘’Abang dengan adik suka sangat jalan-jalan..dapat pusing-pusing mall makan-makan, memang happy sangatlah dua beradik ni.
‘’Penat ke sibuk macam mana sekali pun mommy dengan daddy akan cuba juga bawa abang dengan adik jalan-jalan. Happy sangat abang waktu ini’’. Luahnya melalui Instagram story miliknya.
Sehingga kini sudah hari ke Sembilan pihak polis masih giat mencari bahan bukti di sekitar penemuan mayat Zayn.
Menurut laporan terkini pihak polis menemui beberapa bahan bukti seperti ‘stokin’ untuk membuat siasatan lebih lanjut.
Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki Kawasan belukar berhampiran apartmen tersebut.
Zayn kemudian ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai dan polis mengesahkan kematian mangsa adalah akibat dibunuh.
Artikle Berkaitan :>
Kes kematian Zayn Rayyan: Polis kesan pergerakan dari dashcam penduduk
Polis sahkan kematian adik Zyn Rayyan dibunuh