NasionalNegeri

Ibu Nancy Shukri meninggal dunia

IBU kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri meninggal dunia di kediaman Ahli Parlimen Batang Sadong itu malam tadi. Allahyarham Bibi MacPherson@McPherson, 90, meninggal dunia kerana sakit tua.

Bibi merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan John Andrew McPherson, Residen Kapit berketurunan British Scottish semasa pemerintahan Rajah Sir Vyner Brooke manakala ibunya Chua Eng Dok, berbangsa Cina Iban.

Dilahirkan pada 1930, Bibi bagaimanapun tinggal bersama pengasuh bernama Rokiah ketika ayahnya dibunuh tentera Jepun semasa dalam perjalanan menyelamatkan diri di Batang Ai.

Dibesarkan di Kampung Panglima Seman Lama, Kuching, Sarawak, Bibi berkahwin dengan seorang guru berbangsa Melayu Melanau yang berasal dari Kampung Santubong iaitu Shukri Mahidi.

Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 1948 dan dikurniakan 11 cahaya mata dengan Nancy merupakan anak ke-10.

Sepanjang hayatnya, memetik laporan Astro Awani, allahyarham Bibi giat aktif dalam politik dan menyumbang bakti kepada golongan wanita di kawasan luar bandar melalui Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS).

Kami di SUARA MERDEKA mengucapkan salam takziah kepada Datuk Seri Nancy seisi keluarga di atas pemergian allahyarhamah. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button