BeritaPendidikan
Ibu ini mungkin tidak pecah rekod apa-apa, tetapi pengorbanannya sangat besar
SEORANG wanita berusia 53 tahun menunggang motosikal sejauh 50 kilometer menyeberangi Jambatan Pulau Pinang dengan anak sulongnya membonceng di belakang.
Bukan itu sahaja, di tengah-tengah terdapat beg pakaian dan pelbagai keperluan lain untuk digunakan oleh anaknya yang mendaftar masuk ke Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.
Inilah pengorbanan seorang ibu dan seorang yang bergelar ibu sanggup melakukan apa sahaja demi masa hadapan anak masing-masing.
Kisah Jumiati Masud bermotosikal membawa anak ke USM ini mendapat perhatian media dan sebenarnya bagi keluarga berkenaan motosikal merupakan satui-satunya kenderaan yang dimiliki mereka.
Ibu kepada tiga orang anak lelaki dari Simpat Empat, Seberang Perai Selatan itu tidak memikirkan sebagai terlalu sukar untuknya membawa anaknya Muhammad Izzulhaq Mohamed Hasnan berusia 19 tahun.
Penjual kuih itu bersukur kerana anaknya tetapi terpilih menyambung pengajian di universiti tempatan yang mendapat pengiktiran Apex dan pada masa yang sama tidak terlalu jauh dari kediaman mereka.
“Anak saya mendapat tawaran dari universiti di Kuala Lumpur, tetapi terpaksa menolaknya kerana masalah kewangan,” kongsi Jumiati.
Pihak universiti berkenaan memberi dua pilihan iaitu pelajar boleh mendaftar dan tinggalkan kesemua barangan sebelum pulang ke rumah atau mendaftar dan kekal tinggal di kampus.
Ibu berkenaan memilih supaya anaknya kekal di kampus.
Pilihan itu dibuat kerana supaya anaknya itu mendapat kemudahan pendidikan yang baik termasuk Wifi dan suasana kampus.
Muhammad Izzulhaq pula berkata dia bangga dan tersentuh dengan ketabahan ibunya.
Pelajar matrikulasi dengan CGPA 3.96 itu namun tetap bimbang ibunya terpaksa menunggang seorang diri pulang ke Simpang Empat.