Hujung minggu yang sibuk untuk penduduk Kimanis, Papar
HUJUNG minggu ini agak berbeza untuk penduduk Kimanis kerana mereka dilanda kesibukan yang di luar daripada kebiasaan.
Turut terasa limpahan daripada kesibukan itu ialah jirannya, Papar.
Pilihan raya kecil parlimen Kimanis telah membawa ribuan pelawat dari luar untuk membantu kempen untuk calon masing-masing.
Ini menyebabkan jumlah kenderaan di jalan raya bertambah. Menjadikan laluan utama seperti di Bongawan dan Membakut menuju ke Menumbok serta Kuala Penyu agak sibuk.
Tambahan pula jalan rayanya sempit menjadikan suasana agak padat selain warga tempatan mendapat limpahan ekonomi kerana restoran, hotel, inap desa semua penuh.
Hujung minggu ini juga penuh dengan pelbagai aktiviti yang turut mengundang kehadiran pemimpin dari seluruh negara.
“Saya tidah sangka PRK ini sangat berbeza dengan PRU. Selasa PRU saya langsung tiada peluang jumpa menteri. Balik-balik jumpa calon.
“Tapi untuk PRK ini, saya bukan saja boleh tengok menteri dari dekat, tapi boleh bersalam dan boleh berselfie,” kata seorang petugas dari PKR yang membantu calon parti Warisan di pusat daerah mengundi Pimping.
Pada hari Sabtu, hampir semua PDM sibuk menerima kehadiran VIP sama ada dari Warisan dab Pakatan Harapan atau dari pihak Barisan Nasional (BM).
Kehadiran para VIP ini sudah tentu turut menuntut komitmen penduduk setempat untuk meluang masa menyambut dan meraikan mereka.
ini menyebabkan aktiviti pengundi di kawasan ini juga padat terutama penyokong tegar parti yang bertanding.
Pada Sabtu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin turun di Papar untuk program meraikan anggota Rela.
Selepas itu ada majlis santai petang Bersatu Sabah di kediaman Ketua Bahagian Bersatu Kimanis Datuk Mohd Arifin Mohd Arif di Membakut.
Pada sebelah malam, Muhyiddin berada di ceramah umum Warisan di Bongawan Plaza.
Malam tadi juga turut berlangsungnya perasmian Jelajah Cuti-Cuti Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020), di Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan II oleh Menteri Pelancongan, Datuk Mohamaddin Ketapi.
Itu semua menambahkan kemeriahan kempen PRK Kimanis yg mana pengundian akan berlangsung Sabtu ini.
Kalau dicampur pula dengan program Bossku, Datuk Seri Najib Tun Razak, maka pendudul di Kimanis ini tidak menang tangam,
Program Bossku pula dari pagi hingga ke petang dan bawa ke malam. Setiap program mengundang penyokong yang ramai.
Ini menyebabkan kawasan sekitar PDM terutamanya sesak dengan jumlah kenderaan yang lebih banyak dari biasa.
Bagi penduduk Kimanis terutamanya, mereka menerimanya dengan hati terbuka.
Setiap pemimpin yang datang pasti mereka raikan. Sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memastikan dalam setiap majlis kerusi tidak kosong.
Apa pun, dalam kepala masing-masiing sudah tentu mereka sudah putuskan siapa yang akan di pangkah pada 18 Januari ini. – SM