Alam SekitarBanjirBencana alam

Hujan di Kuala Lumpur dijangka berterusan sehingga malam

PETALING JAYA: Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilihat terjejas teruk akibat banjir kilat berikutan hujan lebat petang tadi.

Banjir di sepanjang Jalan Kia Peng di pusat bandar, dengan kereta di tempat letak kereta ditenggelami air keruh.

Kemudian di Masjid Jamek jugak kelihatan beberapa pengguna jalan raya membantu menolak sebuah kereta yang kelihatan tersangkut di dalam air banjir.

Begitu juga Jalan Kuchai Lama juga kelihatan dinaiki air, berdasarkan video yang tular di WhatsApp.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan beberapa lokasi di Kuala Lumpur terjejas akibat banjir kilat.

Pada jam 4 petang hari ini, jabatan kaji cuaca mengeluarkan amaran ribut petir di Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.

Hujan dijangka berterusan sehingga jam 7 malam.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button