BanjirRencah Hidup

Hujan lebat 3 petang, banjir kilat turut jejas 4 kawasan di Gombak

BANJIR kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial petang ini. Banjir itu berlaku selepas hujan lebat sejak pukul 3 petang ini menyebabkan beberapa jalan utama mula dinaiki air.

Antaranya Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi sehingga beberapa kenderaan dilihat ditenggelami air di tengah-tengah jalan serta menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.

Banjir turut melanda di Jalan Persekutuan apabila dilaporkan kenderaan terpaksa membuat pusingan-U kerana paras air yang tinggi.

Selain itu, air di Sungai Klang juga didapati melimpah sehingga di hadapan Masjid Jamek.

Jalan India turut dinaiki air, begitu juga jalan menuju ke Pudu juga dinaiki air.

Lebuhraya Bukit Jalil dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dilaporkan terjejas teruk dengan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.

Turut terkesan dengan banjir kilat adalah Jalan Cheras, Jalan Sultan Ismail, Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Parlimen, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak dan Jalan Ampang.

Empat kawasan di sekitar Gombak, Selangor, turut dinaiki air selepas hujan lebat pada waktu petang.

Antara kawasan terjejas ialah Bandar Baru Sungai Buloh,  Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang dan Kampung Melayu Sungai Serai, Batu Arang.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian berkenaan telah menyebabkan lebih 50 kediaman terjejas namun tiada pemindahan dilakukan.

Sementara itu, kata beliau, kejadian banjir yang berlaku di Jalan Masjid Kampung Gombak Batu Arang telah menyebabkan tiga kediaman terjejas.

“Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu telah menyebabkan air naik dengan kedalaman lebih 1 kaki.

“Bagaimanapun air tidak memasuki rumah dan air semakin surut. Tiada pemindahan mangsa dilakukan,” jelasnya.

Terowong pintar, SMART umum ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir. – SUMBER UTUSAN – SM

 

(Visited 1,068 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button