Hiburan

Hu Tuhan ciptaan spontan Rima Rashidi

PENYANYI, aktres senior dan juga merupakan seorang guru vokal, Rima Rashidi mencipta sebuah lagu berjudul Hu Tuhan.

Lagu tersebut diperdengarkan kepada para pengikut Instagramnya menerusi akaun @ladyrimarashidi.

Dengan petikan piano dan vokal, lirik lagu Tuhan yang dihasilkan oleh Rima amat dekat dengan jiwa dan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Menurut Rima, lagu Tuhan itu adalah sumbangannya secara peribadi kepada wabak COVID-19.

Selain itu, duduk diam di rumah dan patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa yang ada diisinya dengan menghasilkan sebuah lagu.

Menerusi catatan Rima di IGnya berbunyi: Hu Tuhan:  My tribute song COVID-19… wrote a song to kill time during MCO.

Just a rough vocal guide, recorded once through so that I tak lupa how the melody is after keluar ‘jail’ kelak.

Berikut adalah senikata lagu Hu Tuhan ciptaan sepenuhnya oleh Rima:

https://www.instagram.com/tv/B-ok0WlJnRR/?igshid=14b29bgw0ulu9

Hu Tuhan…

Terimalah taubat ku ini

Ampunkan segala dosa

Jangan murka lagi

Oh Tuhan…

Tersentak ku dari lamunan

Virus bencana Kau turunkan

Mula sedar erti kehidupan

Ku leka perihal dunia

Kau tahu mana kurangnya

Ku engkar akan suruhan

Kau beri ku peringatan

Kerana Kau masih sayang

Kepada ku … Hu Tuhan ku

Oh Tuhan…

Ini baru azab dunia

Yang selama ini hanya ku baca

Dalam Quran

Kini Kau buktikan

Dan aku menjadi saksi

Kebesaran Mu di abad ini

Lenyap insan di muka bumi

Tak terlawan rencana Mu ini

Kerana Kau Maha Kuasa

Kerana Kau empunya segala

Kerana Kau Yang Maha Esa

Hu Tuhan…

Terimalah taubat ku ini

Ampunkan segala dosa

Jangan murka lagi…

Lagu Hu Tuhan mendapat respons yang baik dalam kalangan pengikut Rima. –  SM

(Visited 1,044 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button