Hisham, KJ juga bakal dipecat?
SELEPAS Tan Sri Annuar Musa dipecat, kini desas-desus bahawa Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin akan turut menerima nasib yang sama mulai kedengaran.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini bertindak membersihkan parti daripada pihak yang menentang beliau.
Ini adalah kerana parti berkenaan bakal berdepan pemilihan sekitar enam bulan lagi, walaupun terdapat usaha untuk menetapkan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding.
Namun bagi pemerhati politik tindakan UMNO itu sebagai sakit gigi lain, gigi lain yang dicabut.
Zahid yang dilihat sebagai individu yang melemahkan UMNO selepas semberono meletakkan calon pada pilihan raya lalu sehingga menyebabkan parti itu tinggal 26 kerusi parlimen.
Zahid juga melanggarkan ketetapan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zahid bagaimanapun menggunakan alasan titah Yang di-Pertuan Agong supaya membentuk kerajaan perpaduan untuk menghalalkan tindakan itu.