Hiburan

Hebat & Mengujakan.. Hanya Nastaha Hudson Mampu Berkahwin Kali Ke-5!

Tiada selebriti lain selain Natasha Hudson, beliaulah antara selebriti kegemaran penulis sejak dari dahulu, kini dan selamanya, yang begitu elegan, hebat dan mengujakan.

Rakan penulis mengadu, siap unfollow akaun Instagram Natasha Hudson, katanya kecewa dan persoalkan kenapa bukan dia yang berada di Langkawi ketika itu.

Dia juga persoalkan dirinya kenapa tidak menyertai aktiviti luncur ombak sebaliknya lebih tekad memilih untuk meluncur di lebuh raya dengan gaya superman.

Bagi yang tidak tahu, Natasha Hudson sebenarnya bertemu dengan Jas Jasmin, yang merupakan suami baharu kepada aktress itu semasa berada di Kedah.

Dek kerana ombak dan tepian pantai sukar dipisahkan dan kekal bersatu siang dan malam, mungkin di situlah cinta terpupuk antara Natasha dan Jay.

Menariknya tentang Natasha, Jay bukan sekadar suami baharu yang kelima malah ramai wanita cemburu kerana tidak berpeluang untuk menikahi perkawinan berulang kali.

Natasha berjaya memberi contoh yang terbaik dalam kalangan masyarakat bahawa perkahwinan itu mudah dan beliau adalah women of the era.

Sedangkan lelaki pun tertunduk gagal membahagiakan Natasha, apatah lagi netizen yang cuba bercakap acah-acah suci dan terkejut.

Percayalah cakap Natasha.. beliau sudah pun belajar daripada pengalaman lalu bagaimana untuk menundukkan situasi yang tidak menyebelahi Natasha Hudson.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button