Nasional

Hati-hati maklumat tidak benar pemberian vaksin

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan penularan maklumat palsu berkaitan pemberian vaksin Covid-19.

Menurut SKMM, semua maklumat mengenai program vaksinasi perlu dirujuk kepada saluran rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di tempat tinggal masing-masing.

Pemberian maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali juga secara tidak langsung, boleh membuka ruang kepada risiko eksploitasi maklumat peribadi dan pelanggaran privasi, kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataannya hari ini.

Tular dakwaan pemberian vaksin secara besar-besaran di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC) melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial yang mesejnya meminta orang ramai yang berminat mendapatkan vaksin untuk memberikan maklumat peribadi.

PKD Hulu Langat melalui laman Facebook menegaskan maklumat tersebut adalah palsu dan ia tidak dikeluarkan oleh PKD Hulu Langat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button