Berita GajetEkonomiGajet

HONOR EarBuds 2 Lite hayat bateri 32 jam,

Prapesanan HONOR Earbuds 2 Lite bermula 8 Julai 2021

PADANAN fon telinga TWS HONOR Earbuds 2 Lite bersama siri telefon pintar baharu HONOR 50 yang bakal memasuki pasaran Malaysia akan membuat penggemar muzik, Vlog serta TikTok teruja kerana mendapat hasil
audio dan video yang berkualiti tinggi.

HONOR Earbuds 2 Lite boleh menjadi milik anda sekarang dengan membuat prapesanan di platform e-dagang Lazada HONOR Flagship Store , Shopee HONOR Malaysia Official Store, Senheng Online Store dan Stor HONOR Berdaftar di seluruh negara bermula hari ini.

Istimewa sempena prapesanan ini, HONOR Earbuds 2 Lite ditawarkan pada harga ‘early bird’ iaitu RM269 dari RM299.

Selain itu, jangan lepaskan peluang menikmati langganan VIP JOOX selama 3 bulan dengan baucar bernilai RM56.70 apabila anda membuat prapesanan HONOR Earbuds 2 Lite. Rebutlah fon telinga ini sekarang! Baucar berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Fon telinga ini menawarkan hayat bateri selama 32 jam dan mampu bertahan selama 10 jam untuk muzik dengan sekali caj. Penggemar muzik pasti berpuas hati menggunakannya! Selain itu, HONOR Earbuds 2 Lite turut  dilengkapi teknologi Pembatalan Hingar Aktif (ANC) bagi mengurangkan bunyi bising persekitaran
sehingga 22 desibel (dB). Pengguna tidak akan berasa terganggu ketika ‘melayan’ lagu atau mengikuti mesyuarat dalam talian.

Rekaannya yang ergonomik membuat pengguna berasa sangat selesa, seolah tiada apa-apa dalam telinga dan ini memberi pengalaman mendengar yang sangat baik.

Malah dengan ANC diaktifkan dalam tempoh lama, pengguna tidak akan berasa penat. Pengecasan selama 10 minit sahaja sudah mencukupi untuk pengguna menikmati muzik selama 4 jam!

Dengan HONOR Earbuds 2 Lite bersama HONOR 50 dapat membina strategi ekosistem saling sambung HONOR 1+8+N apabila telefon pintar itu tiba di pasaran Malaysia dalam tempoh terdekat.

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button