Hiburan

Suami dan enam anak Rebecca Nur Islam positif Covid-19

PELAKON popular, Datin Rebecca Nur Islam memberitahu yang suami dan enam anaknya telah disahkan positif Covid-19.

Selain itu, Rebecca turut memberitahu yang tiga pembantu rumahnya turut disahkan positif Covid-19.

“Assalammualaikum dukacita dimaklumkan hari ini, saya mewakili suami serta seisi keluarga telah diserang penyakit Covid-19.

“Tapi apa pun saya bersyukur kerana diri saya beserta dua orang lagi anak disahkan negatif,” katanya.

Menurut Rebecca, pakciknya dan tukang kebunnya serta tiga orang lagi pembantu rumah juga negatif Covid-19.


Jelasnya, beliau meminta pengikutnya dan sesiapa yang mengenalinya untuk mendoakan yang terbaik buat keluarganya.

“Doakan buat kami sekeluarga lebih-lebih lagi kepada suami yang lebih teruk sedikit daripada yang lain. Saya tahu suami saya kuat, Insya-Allah,” katanya.

Tambah Rebecca, beliau turut meminta kontak rapatnya dalam masa tujuh hari sebelum ini untuk membuat ujian saringan Covid-19 secepat yang mungkin. – SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button