Nasional

Hati-hati dengan perkhidmatan tidak berdaftar – SSM

SILA berhati-hati! Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menggesa orang ramai agar berhati-hati dengan perkhidmatan yang tidak berdaftar dengan suruhanjaya itu bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.

SSM dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan, ia susulan aduan rasmi yang diterima daripada orang awam berhubung wujudnya khidmat ejen bebas, model bebas dan jurusolek artis yang menawarkan perkhidmatan bagi tujuan perniagaan melalui laman Facebook.

“Hasil semakan dan pemantauan mengesahkan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan tidak didaftarkan dan ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 12 (1) (a), Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 iaitu gagal mendaftarkan perniagaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau e-mel kepada [email protected] atau layari laman sesawang www.ssm.com.my untuk maklumat lanjut. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button