Media massa

Gelar Al Jazeera al jahiliah: Harleen terharu dapat sokongan

PENGACARA Bernama TV, Harleena Pahlavy yang menggelar stesen penyiaran antarabangsa, Al Jazeera sebagai Al Jahiliah terharu dengan sokongan yang beliau terima.

Sokongan terhadap Harleena datang selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mahu mengambil tindakan terhadap beliau kerana mengeluarkan gelaran berkenaan ketika bersiaran.

“Saya sangat terharu dengan sokongan yang saya terima. Terima kasi” ciap Harleena dalam Twitternya sebentar tadi.

Dalam ciapan yang lain pengacara berkenaan berkata, dia tidak gentar dan hanya seorang patriotik.

“Tidak gentar dan patriotik di saluran TV Malaysia mempunyai akibatnya sendiri,” kata pengacara sambilan itu di Twitter lewat semalam.

Saifuddin dilaporkan kesal dengan tindakan Harleena sebagai hos sebuah program bual bicara Bernama TV yang mengutuk saluran berita Al Jazeera sebagai Al-Jahiliyah.

Gelaran itu diberikan oleh Harleena susulan laporan kontroversinya yang mendakwa Malaysia mendiskriminasi pendatang asing dalam usaha menangani Covid-19.

“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu, tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu,” kata Sifuddin.

Terdahulu, Herleena berkata: “Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang. Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya.”

Beliau kemudiannya mengakhiri program Malaysia Petang dengan berkata: “Saya Leena Pahlavy, Al Jazeera, ‘you shut up’.”

Semakan di Twitter Saifuddin mendapati ramai warganet yang tidak bersetuju dengan menteri tersebut yang mahu tindakan diambil terhadap Herleena.
“Rakyat tengah marah dengan Al Jazeera dan ini balasan kita kepada dia kerana bersikap patriotik? cuba periksa maksud ‘Al-Jahilliah’ itu dulu. sorry la. saya tak pernah sokong Menteri ini. Kita bersama hos @bernamadotcom yang berkenaan,” kata Huzair Sulaiman.
“Jika tidak setuju tunjukkan protes dan bersikap tegas terhadap Al Jazeera seperti tmana anda menghukum seorang pengamal media tempatan. Satu dihukum dan satu lagi mengambil sikap berdiam diri. Memalukan kerajaan PN untuk ada menteri sebegini!” kata Edwin M.
“Panggil jahil pun masalah ke? Dah buat berita palsu..Its good to be call Jahill,” kata Zamm Iliyas.-SM
(Visited 635 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button