Belang Bertempat

Hari yang sungguh memalukan negara

Apabila anak muda Negara dimanipulasi untuk berdemo berdekatan dengan Dataran Merdeka.

Negara-negara jiran ASEAN melihat suasana ini sebagai satu keadaan yang amat menjelikkan, apabila di Rantau ini berhadapan dengan peperangan melawan Pandemik Covid, masih lagi ada tangan-tangan gharib mahu bermain politik menjatuhkan Kerajaan yang sedia ada.

Vaksinasi Negara berada ditahap 500,000 setiap hari. Menjadikan Malaysia antara Negara terbaik dunia di dalam mengaturkan vaksinasi untuk Rakyatnya.

Itu pun masih ada Rakyat mahu menuduh Kerajaan ini Gagal ?

Tag Line : Kerajaan Gagal, hanyalah helah untuk memburuk-burukkan track record Kerajaan ini berhadapan dengan Pandemik.

Tag line bertujuan untuk pihak pembangkang membawa persepsi Kegagalan ini sebagai modal kempen di PRU ke 15.

DEMO DI KUALA LUMPUR YANG MEMALUKAN

Memalukan dimata dunia apabila ada Place Card yang membawa kata-kata dusta dan pembohongan seperti :

NEGARA SUDAH NERAKA,
Sebab Kerajaan Derhaka !

KERAJAAN PEMBUNUH.

2 TAHUN RAKYAT MATI & LAPAR,
Politikus sibuk cirit, pesta, berjoget, minum air suam dan gaji tetap.

# LAWAN TETAP LAWAN.

TAK KAN ADA PROTES INI.
Kalau tidak ada Kerajaan Gagal.

KESIMPULANNYA :

Demo protes baju hitam hari ini di Kuala Lumpur, memperlihatkan dengan jelas seolah-olah ada tangan lain dibelakang penganjuran Demo tersebut.

Perancangan yang teliti telah dibuat.

Kecoh di Parlimen.
Kecoh di Jalanan.

Seolah-olah mahu mempamirkan ketidak stabilan politik tanah air.

Dan melakukan desak demi desakan agar Perdana Menteri dan seluruh Kabinet Negara meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Perdana Menteri yang baru.

Sesungguhnya taktik ini tidak kesampaian.

Dewan Rakyat ditangguhkan Isnin ini kerana kadar jangkitan Covid yang tinggi terhadap petugas-petugas Parlimen.

Perdana Menteri kelihatan fokus dan tidak akan tunduk kepada tekanan-tekanan ini.

Program Vaksinasi berjalan terus dibawah pimpinan Khairy Jamaluddin.

Plan Pemulihan Negara berjalan terus dibawah pimpinan Tengku Zafrul.

Strategy Keselamatan untuk berhadapan Pandemik kini diambil alih oleh Hishamuddin Hussien.

Manakala, Strategy Perubatan menangani Covid, terus diterajui oleh Dr. Adham Baba.

RIBUT TIDAK MENJADI, NYIOR CONDONG TEGAK KEMBALI

Bidalan orang tua tua, bila nyior condong, bukan sahaja kera,kura kura pun suka meniti.

Sedikit polemik berlaku di parlimen pada 26 julai lalu, sudah kita nampak bagaimana pihak pihak tertentu,umpama ikan menyambar umpan, segera menangguk di air yg keruh. Dengan ghairahnya mereka berdrama dan menampakkan niat sebenar mereka selama ini. Mahu merampas kuasa.

Maka terselongkarlah nawaitu sebenar kenapa mereka terus memaksa mahu sidang parlimen di adakan seberapa segera,di saat negara menghadapi penularan Covid-19 paling tinggi. Saat semua orang dikawal ketat pergerakannya di bawah PKP.

Namun bila bersidang,mereka langsung tidak peduli, malah tidak pun berminat berunding bagaimana isu Covid-19 diuruskan,dan bagaimana ekonomi patut di pulihkan. Yang mereka asak adalah soal politik dan soal menggugat kedudukan kerajaan.

Dalam tempoh seminggu,dari hari hari persiapan persidangan Parlimen sehingga 30hb Julai, sudah 70 kes di sah positif. Entah berapa ramai kontak rapat mereka ini. Entah berapa ramai lagi bakal positif Covid-19 beberapa hari lagi. Berapa ramai yang telah pulang ke kawasan masing masing seluruh negara dengan membawa virus Covid-19 ini.

Yang mereka peduli hanyalah bagaimana kerajaan boleh dijatuhkan.Dan bagaimana mereka boleh merampas kuasa dan jawatan Perdana Menteri.

Sebenarnya, negara tidak pun menghadapi krisis, kerajaan kekal stabil, jauh sama sekali dari krisis perlembagaan.

Malah negara juga tidak menghadapi krisis kepercayaan…yang pasti setakat ini, tiada seorang pun boleh menyatakan dia mempunyai sokongan majoriti KECUALI PERDANA MENTERI.

Pembangkang kelihatan begitu ghairah mahu mengheret DYMM SPB YDP AGONG ke dalam game plan mereka. Mereka merasakan “ini kali lah”. Berkali kali nama DYMM SPB YDP Agong digunakan dalam hujah mereka di Parlimen, walau ia jelas tidak dibenarkan di bawah STANDING ORDER Parlimen.

Kita tahu watak DYMM TUANKU, sebagai seorang Raja yang sangat arif, dan berpengelaman, tidak begitu. Baginda tidak akan berpolitik atau berparti, jauh sama sekali mahu menyokong usaha mana mana individu atau parti di luar kerajaan. Apa lagi parti parti dan individu tertentu yang baginda amat arif menilai track record dan latarbelakangnya. Yang pasti baginda kekal sebagai Raja Memerintah seperti mana termaktub dalam Perlembagaan.

Baginda sebagai seorang Raja Melayu, dan payung yang menaungi kedudukan Agama Islam, tidak akan melibatkan diri dengan sesuatu yang memudaratkan kuasa Melayu dan kedudukan Agama Islam negara ini, yang terbukti pernah terancam dan di ancam pihak tertentu.

Sebenarnya Kerajaan khususnya Perdana Menteri sentiasa mempunyai hubungan yg baik dan rapat dengan DYMM SPB YDPA, hinggalah ke saat ini. Malah kerana kerajaan dan PM mahu menyempurnakan pandangan dan titah Bagindalah, maka kerajaan membuat keputusan tidak menasihatkan peristiharan Proklamasi Darurat yang baharu, selepas tamatnya proklamasi darurat sekarang pada 1hb ogos 2020, mengadakan sidang parlimen, selari dengan pendirian SPB YDP AGONG.

Begitu juga pembatalan semua ordinan yang dibuat semasa berkuatkuasanya proklamasi darurat, diputuskan untuk dibuat REVOCATION yang seberapa segera, dengan menasihatkan YDPA memperkenankan pembatalan, sebelum seterusnya diwartakan. Semuanya atas memenuhi pandangan YDPA.

Cuma tak semena-mena telah berlaku polemik di parlimen, APABILA ADA PIHAK MENTAFSIRKAN KENYATAAN MENTERI BERTANGGUNGJAWAB HAL UNDANG UNDANG SEBAGAI KONONNYA TELAH MEMBATALKAN ORDINAN tanpa perkenan YDPA. Sedangkan, yang sebenarnya, YB MENTERI cuma ingin memaklumkan pendirian dan keputusan mesyuarat Kabinet, tanpa memperincikan proses yg sedang berjalan, iaitu masih menunggu perkenan YDPA.

Semua sememangnya tahu dan faham bahawa YDPA berhak memberi pandangan balas atas setiap keputusan kerajaan itu. Tidaklah salah kerajaan meneliti apa kehendak dan pandangan YDPA. Sekiranya ada perbezaan dalam kaeadah untuk menamatkan kuat kuasa ordinan, ia masih boleh di runding dan dibincangkan, agar kedudukan dan kemuliaan Raja terpelihara,dan kedaulatan undang undang dan keluhuran Perlembagaan di pertahankan. Itulah amalan kerajaan PN selama ini.

Sesungguhnya inilah pendirian Kerajaan. Tuduhan kerajaan Derhaka hanyalah satu lagi ejekan rekaan seperti tuduhan Kerajaan Gagal, kedua duanya datang dari kelompok yang sama, berbaur mainan politik.

Perlu diketahui, YAB Perdana Menteri mengadap SPB YDP Agong setiap hari rabu, sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet. Setiap mesyuarat Kabinet TSMY tanpa gagal, akan memulakan dengan MEMAKLUMKAN SEGALA TITAH PANDANGAN SPB TUANKU YDPA. Amalan Ini tidak pun dilakukan oleh kebanyakan PM terdahulu. YAB PM sentiasa mengarahkan kabinet untuk melaksanan segala titah dan pandangan SPB YDPA.

Dalam isu revokasi ordinan ini juga begitu.Tiada masalah pun di sisi kerajaan. Segalanya perlu menepati undang undang.

Pada 21hb Julai keputusan di buat dalam mesyuarat mingguan kabinet..22hb AG menyiapkan draft ordinan(pembatalan)..23hb YAB PM mengutus warkah kpd SPB YDPA..24hb YDPA titah AG dan Menteri mengadap…(25hb hari minggu)..26hb sidang parlimen bermula dan di situlah menteri didesak pembangkang untuk mengetahui pendirian kerajaan,dan menteri memaklumkan perkembangan terbaru..SEMUA BERLAKU IN GOOD FAITH!…

Malah perlu diketahui, iaitu apabila, isu itu cuba dikelirukan,YAB PM tanpa berlengah pada keesokan harinya iaitu 27hb Julai, terus mengadap YDPA, bersama AG utk menerangkan perkara sebenar. Malah YAB PM memohon maaf kiranya apa yg disampaikan di parlimen, menimbulkan kekeliruan, dan ia boleh di perjelaskan

Jadi di mana penderhakaannya?

Hasil daripada mengadap itu, YDPA ada menjelaskan pandangan Baginda kepada YAB PM dan YAB PM membawanya ke Kabinet minggu berkenaan yg di adakan hari jumaat 29hb julai.

PERLU DI KETAHUI,PADA PAGI JUMAAT ITU, YAB PM SEKALI LAGI MENGADAP SPB YDPA,sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan KABINET.

Kabinet semestinya bincang segala yang berlaku. Dan SEKALI LAGI MENGULANGI KOMITMEN UTK TERUS MENJAGA KEMULIAAN DAN KEDAULATAN INSTITUSI YDPA serta melindungi teras dan prinsip RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN.

Jelas, kerajaan ini, yang merupakan kerajaan bertunjangkan dan berteraskan parti Melayu dan Bumiputera yang diperkasakan dengan muafakat pelbagai kaum, tidak sama sekali mengizinkan institusi RAJA RAJA MELAYU di derhakai atau diperalatkan oleh mereka yang pernah menderhaka.

Atas dasar inilah Kerajaan ini terbentuk, setelah 22 bulan melihat bagaimana kedaulatan Raja Melayu diancam dengan cara yang belum pernah dilihat berlaku sejak negara merdeka.

Atas dasar inilah juga 40 ahli parlimen BN, mengikrarkan sokongan berterusan kepada Kerajaan PN ini, serta bersetia kepada DYMM SPB YDP AGONG.

Nyior yang condong, tegak kembali. Kera tidak boleh meniti lagi…

(Visited 818 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button