Nasional

Hari Wanita Tentera Darat 2024 disambut dengan penuh pengisian

JAWATANKUASA Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEWTD) dengan kerjasama Sel Wanita Tentera Darat telah menganjurkan Sambutan Hari Wanita Tentera Darat Tahun 2024 bertempat di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur pada 31 Mei 2024.

Bertemakan “Wanita Tentera Darat, Aspirasi Angkatan Hadapan”, sambutan ini telah dihadiri oleh 500 srikandi Tentera Darat Malaysia yang terdiri daripada semua Kor dan Rejimen.

 

Sambutan Hari Wanita TD ini dimulakan dengan forum bertajuk “Memperkasa Daya Ketahanan Wanita Tentera Darat Dalam Mendepani Cabaran Masa Hadapan” yang menampilkan barisan ahli panel dan moderator yang sangat hebat.


Forum yang dikendalikan oleh Leftenan Kolonel Dr. Ts. Maimunah Omar selaku moderator telah berlansung selama 2 jam bersama-sama ahli panel iaitu Datuk Dr. Junaidah binti Kamaruddin, Mejar Jeneral Datuk Suriakala A/P Suriabagavan (B) dan Brigedier Jeneral Hajjah Fadzilah binti Abdullah TUDM.


Pada sesi seterusnya, para srikandi Tentera Darat Malaysia berkesempatan untuk berdiskusi dalam sesi dialog bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan. (PTD) turut menyatakan peranan wanita pada masa kini di dalam organisasi tidak dapat disangkal lagi dan peluang untuk kemajuan dan peningkatan kerjaya yang diberikan setara dengan pegawai dan anggota lelaki.

Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat merangkap Penasihat JKHEWTD, Mejar Jeneral Datuk Norsham bin Md Tap, barisan Pengarah-pengarah dan Pengerusi Hal Ehwal Wanita Kor dan Rejimen. –SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button