Ekonomi

Harga minyak mentah kembali atas paras AS$71 setong

HARGA minyak mentah dunia kembali diniagakan di atas paras AS$71 setong selepas lantunan harga tiga hari berturut-turut ekoran keyakinan terhadap peningkatan permintaan di pasaran global.

West Texas Intermediate (WTI) berubah sedikit pada awal dagangan di Asia setelah kenaikan lebih daripada lapan peratus dalam tiga sesi sebelumnya.

Kenaikan berterusan itu bermaksud harga hanya berubah sedikit pada minggu ini, setelah dapat mengatasi kemerosotan pada Isnin lalu iaitu ketika minyak mentah menjunam di tengah-tengah kebimbangan penyebaran varian coronavirus delta yang dibimbangi menjejaskan penggunaan bahan api ketika mana persekutuan OPEC+ bertindak untuk menambah lebih banyak pengeluaran.

Harga minyak mentah secara umumnya mencatat peningkatan pada tahun ini susulan program vaksin yang membolehkan ekonomi dibuka kembali.

Ia mendorong permintaan tenaga dan mengurangkan stok yang meningkat sepanjang pandemik.

Walaupun kemunculan dan penyebaran varian delta yang amat mudah berjangkit telah menggendalakan proses itu, terutama di beberapa kawasan di Asia, pelabur menjangka naratif positif yang lebih meluas.

Data minggu ini menunjukkan permintaan petrol pada dasarnya kembali normal di kebanyakan negara, serta stok minyak mentah yang lebih rendah di pusat penghantaran utama AS iaitu Cushing di Oklahoma – Bloomberg

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button