BeritaNasional

Hanya satu perempat Dr. Mahathir `beritahu dunia’

Komentar

SUSAH untuk sesiapa membaca pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Semalam, Perdana Menteri sekali lagi menegaskan beliau akan menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun beliau menambah keputusan muktamad terletak pada Dewan Rakyat.

Kata Dr Mahathir lagi, jika seorang calon itu daripada parti yang memiliki majoriti tetapi dia sendiri tidak mendapat sokongan majoriti, maka dia tidak akan dapat menjadi perdana menteri.

Dalam banyak hal, Dr. Mahathir `tak beritahu dunia’. Malah Dr. Mahathir mengeluarkan pandangan satu perempat sahaja.

Yang tiga perempat lagi beliau simpan ‘untuk masa hujan, tengkujuh, masa panas’. Jadi, dalam situasi sekarang, sesiapapun yang begitu berlumba nak jadi Perdana Menteri atau merebut jawatan harus upaya tahu ada masa mereka akan disekat oleh situasi atau hal tidak disangka-sangka.

Pada masa sama, orang yang jadi Timbalan Perdana Menteri atau presiden mana-mana parti, tak semestinya jadi Perdana Menteri. Sudah banyak kisah, lihatlah Tun Musa Hitam, Allahyarham Tun Ghafar Baba dan juga Anwar sendiri.

Hal ini patut sudah dipelajari. Yang paling baik ialah buat kerja ikhlas, kemudian biar proses itu menterjemahkan. Tak bijak misalnya mengatakan “Oh! sudah dijanjikan pada saya. Itu janji politik, ini bukan janji Pesuruhjaya Sumpah. Jadi, upaya upaya mengatakan

“Oh! saya akan ke situ (PM), halnya sudah ditetapkan. Saya tak fikir ia semudah itu memandangkan “satu perempat Tun beritahu dunia, tiga perempat dia simpan dulu’.
Jadi, simpanan (tiga perempat) itu beliau tidak menyebelahi orang-orang yang begitu ghairah pada ketikanya.

Pengamatannya begini: Asalkan Dr . Mahathir tidak lupa pelaksanaan manifesto (PRU-14), asalkan ada azam untuk terus membina warisan Melayu dan masyarakat majmuk Malaysia, beliau harus selesaikan satu penggal jawatan Perdana Menterinya.

Soal siapa nak jadi Perdana Menteri, itu diserahkan kepada Dr. Mahathir.

Jangan nampak kusut pada benang atas kita nak menenun kain.

– SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button