Nasional
Hampir separuh populasi dewasa lengkap dua dos vaksin
Hampir separuh populasi dewasa di Malaysia kini lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Covid-19 JKJAV sehingga semalam 45.9 peratus atau 10.734 juta orang dewasa telah disuntik dengan kedua-dua dos vaksin yang diperlukan.
Sementara 72.9 peratus atau 17.076 juta populasi dewasa telah menerima satu dos vaksin.
Semalam sejumlah 415,875 dos vaksin diberikan kepada penduduk di seluruh negara melibatkan 143,671 dos pertama dan 272,204 dos kedua.-SM