Nasional

Hampir 20 juta penduduk telah terima satu dos vaksin

KIRA-kira 19.936 juta penduduk Malaysia atau 61.0 peratus daripada keseluruhan populasi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 15.241 juta atau 46.7 peratus daripada keseluruhan populasi telah lengkap menerima kedua-dua dos.

JKJAV turut memaklumkan 85.1 peratus populasi dewasa ketika ini telah menerima sekurung-kurangnya satu dos manakala 65.1 peratus populasi dewasa telah lengkap disuntik dengan kedua-dua dos.

Labuan tertinggi populasi dewasa telah menerima kedua-dua dos suntikan iaitu 94.5 peratus.

Diikuti Lembah Kelang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (93.3 peratus), Sarawak (87.2 peratus), Negeri Sembilan (79.9 peratus) dan Perlis (68.5 peratus).

Melaka (59.2 peratus), Pulau Pinang (57.9 peratus), Pahang (52.2 peratus) dan Terengganu (50.8 peratus).

Johor (48.8 peratus), Perak (47.6 peratus), Kelantan (46.7 peratus) dan Sabah (40.8 peratus).-SM

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button