Politik

Hajiji Ketua Menteri Sabah yang baharu

PENGERUSI Perikatan Nasional Sabah, Datuk Hajiji Noor yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri Sulaman dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Pengumuman dibuat dalam sidang akhbar sebentar tadi yang turut disertai oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Pemilihan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah dicapai atas kata sepakat dan persetujuan GRS,” kata Bung Moktar.

GRS secara rasmi membentuk kerajaan selepas memenangi PRN Sabah dengan 38 kerusi, malam tadi.

Gabungan itu dianggotai PN menenangi 17 kerusi, manakala BN pula mendapat 14 kerusi seterusnya Parti Bersatu Sabah (PBS) dapat menawan tujuh kerusi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button