HiburanUncategorized

Hafiz Suip tertekan bila ditanya kenapa kurus

PENAMPILAN terkini Hafiz Suip yang dilihat lebih kurus berbanding sebelum ini sering menjadi perhatian peminat di media sosial.

Soalan sama juga masih ditanya walaupun Hafiz sudah mengakui keadaan kesihatannya berada di tahap yang baik.

Disebabkan itu juga, penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku itu dia agak tertekan bila sering ditanya berkenaan fizikalnya.

“Apabila kamu ditanya soalan membabitkan ibu bapa, isteri atau mentua. Jika kamu sering ditanya begitu, tertekan tak? Memang tertekan sebab saya manusia biasa, menjadi artis hanyalah sebuah kerjaya.

“Jika manusia biasa dilempar bermacam-macam tuduhan memang boleh tertekan. Saya sihat, tapi apa yang orang lain nak sampaikan daripada pertanyaan mereka? Sekiranya mereka benar-benar prihatin saya ucapkan alhamdulillah,” katanya.

Penyanyi berkenaan berkata demikian dalam sidang media pelancaran lagu Berakhirlah Pencarianku yang merupakan nyanyian duetnya bersama Ernie Zakri yang dilakukan secara maya semalam.

Menurut Hafiz, dia juga sudah membuat pemeriksaan kesihatan secara alternatif dengan berjumpa ustaz dan diakui berada dalam keadaan yang baik.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, dia risau jika soalan sama ditanya akan menganggu kesihatan mentalnya.

“Jika memang ingin concern jumpa terus atau call secara personal. Jangan tuduh seseorang itu atau cakap pada orang lain dan beri pelbagai tanggapan seperti ambil dadah, family tak beri makan atau macam-macam lagi

“Nanti daripada saya sihat, terus jadi sakit sebab tertekan,” katanya. -SM

(Visited 597 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button