Nasional

Habiskan duit majikan, tukang cuci buat laporan dakwa jadi mangsa ragut

SEORANG tukang cuci didapati membuat laporan polis palsu dengan mengatakan dirinya diragut untuk mengelak rahsianya menghabiskan duit majikan diketahui.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, lelaki berusia 25 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kawa pada 28 Jun lalu.

“Pada mulanya, suspek memberitahu yang dia menjadi mangsa ragut ketika menunggang motosikal berhampiran Majlis Perbandaran Padawan.

“Dia juga memberitahu diragut oleh dua orang lelaki yang menaiki motosikal dan menyebabkan wang majikannya berjumlah RM3,600 lesap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun menurut Aidil, selepas soal siasat dilakukan, lelaki itu bagaimanapun mengaku yang dakwannya adalah palsu.

Jelasnya, suspek membuat laporan palsu kerana bimbang selepas dia menghabiskan duit majikannya untuk membeli keperluan harian.

“Wang yang digunakan suspek itu adalah milik majikan yang menang judi dalam talian.

“Suspek kini ditahan dan kes disiasat Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. -SM

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button