Mahkamahpilihan

Guru mengaku tidak bersalah cederakan isteri jiran

Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mencederakan isteri jirannya seorang pesara guru dan bergaduh dengan suami wanita itu pada Disember lalu.

Tertuduh, Muhammad Fuad Jahaya, 47, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Aziah Omar, 54, dengan cara memukul di bahagian kepala dan lengan menggunakan tangannya.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Bertam Setia 12, Taman Bertam Setia, dalam daerah Melaka Tengah, di sini kira-kira pukul 1.00 tengah hari 9 Disember lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan di tempat dan masa yang sama atas kesalahan bergaduh dengan suami Aziah.

Dalam prosiding berasingan, Fuad dan Rosli Baba, 60, mengaku tidak bersalah didakwa secara bersama-sama telah melakukan gaduh gempar dengan memukul antara satu sama lain.

Sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohammad Naim Abd. Jalil manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Mazana kemudian menetapkan Muhammad Fuad dan Rosli masing-masing diikat jamin RM1,000 dan RM500 serta menetapkan 13 Mac ini untuk sebutan semula kes. – SM

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button