Berita

Pelindung muka dari tepung ubi inovasi UniMAP

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) memanfaatkan bidang sains, teknologi dan inovasi bagi menghasilkan pelindung muka (face shield) tiga dimensi (3D).

Naib Canselor UniMAP, Prof. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, pelindung muka terbabit dihasilkan menggunakan bahan filamen Polyactic Acid atau Polylactide (PLA) iaitu thermoplastic yang diperbuat daripada sumber boleh diperbaharui termasuk tepung jagung, ubi atau tebu.

Katanya, empat mesin cetak 3D digunakan dengan keupayaan pengeluaran sehari adalah 40 hingga 50 unit dengan setiap satu mengambil masa hampir sejam untuk disiapkan.

“Kita mempunyai stok filamen yang mencukupi dengan anggaran kos pengeluaran setiap pelindung muka dianggarkan RM2 termasuk filamen PLA, PVC pelindung lut sinar PVC dan kos elektrik,” katanya pada satu kenyataan.

Topeng muka terbabit dihasilkan menggunakan teknologi percetakan dengan perisian rekabentuk tiga dimensi.

Dikendalikan Kelab Robotik dan Kelab Staf Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (SCCE) di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Azremi Abdullah Al-Hadi.

BACA

UniMAP yang antara lainnya menggalakkan warga universiti menghasilkan produk penyelidikan yang mampu menyelesaikan permasalahan masyarakat selaras dengan motonya ‘Teknologi Kejuruteraan untuk Kemanusiaan’, sebelum ini telah menghasil terowong nyah cemar.

Ia dihasilkan oleh para penyelidik dari Pusat Pengajian Diploma UniMAP.

Torowong yang pertama dipasang di Hospital KPJ Pulau Pinang dans mendapat permintaan menggalakkan dengan yang terkini produk tersebut telah selesai di pasang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

Tiga lagi unit tempahan lagi telah diterima daripada syarikat pengeluar susu Farm Fresh selain beberapa tempahan dari pelbagai organisasi, hospital dan klinik kesihatan di seluruh Malaysia antaranya Kimberly Clark, Hospital Kemaman, Jinko Solar, IPK Selangor dan IPK Sabah.

Sehingga kini dengan kekangan barangan, pihak penyelidik UniMAP sedang dalam proses menyiapkan 80 unit terowong nyah cemar untuk kegunaan komuniti,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button