Jenayah

Guan Yik hina Melayu, dakwa solat 5 waktu punca sukan badminton mundur

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama dibangkitkan bekas pemain pelapis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di media sosial baru-baru ini.

Walaupun bekas pemain tersebut telah meminta maaf, Hannah sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan individu yang pernah berada di bawah naungan BAM pada 2014 dan kini dilaporkan tidak menetap di Malaysia.

“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia,” katanya di laman Twitter, hari ini.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.

“Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” katanya.

Bekas pemain tersebut dalam satu video mendakwa bahawa prestasi pemain negara merudum pada Terbuka Malaysia 2023 kerana BAM diuruskan oleh orang Melayu selain menyentuh sensitivi umat Islam.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button