Politik

Guan Eng perlu minta maaf jika mahu kerajaan tambah belanjawan RM45 bilion

AHLI Parlimen Bagan Lim Guan Eng perlu meminta maaf sekirannya masih bertegas meminta kerajaan menambah perbelanjaan Belanjawan 2021 sebanyak RM45 juta lagi.

Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, permohonan maaf secara terbuka bekas menteri kewangan dan pemimpin Pakatan Harapan lain perlu kerana mengantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sehingga menyebabkan pendapatan kerajaan menyusut.

“Mengganti GST dengan SST dan akibatnya hasil kerajaan sudah berkurangan dan masih sedang berkurangan RM25 bilion setahun dan ekonomi gelap yang saiznya RM300 bilion setahun terlepas cukai sejak 2 tahun yang lalu

“Menggantikan GST dengan SST tidak dapat mengurangkan harga barang. Malah harga barang naik sekali lagi sebab sistem cukai bertukar manakala pelbagai cukai baru seperti levi pelepasan, cukai gula dan cukai digital perlu diperkenalkan oleh PH,” kata Najib.

Bekas perdana menteri itu berkata, permohonan maaf itu juga perlu berikutan pengenalan langkah populis tax-holiday selama tiga bulan menyebabkan nisbah hutang pengguna naik semula apabila ramai berlumba-lumba untuk meminjam dan membeli kereta masa itu.

PH juga perlu memohon maaf kerana mengambil RM84 bilion dari rizab tunai Petronas untuk menampung kekurangan hasil kerajaan dan menanggung kerugian dari tax-holiday tiga bulan sehingga penarafan Petronas diturunkan.

Kata Najib, berikutan cadangan Guan Eng itu, Kerajaan perlu meminjam RM45 bilion dan jumlah itu akan menambah hutang negara yang sudah mencecah RM900 bilion sekarang.

Pada 16 November lalu, Guan Eng mencadangkan dana berjumlah RM45 bilion perlu ditambah dalam Belanjawan 2021 atau tambahan empat peratus defisit dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi mengimbangi pemulihan ekonomi yang lemah pada tahun depan.

Tegasnya kerajaan tidak seharusnya terlalu fokus dalam mengawal kadar hutang dan defisit fiskal, sebaliknya meminjam lebih banyak wang untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan kehidupan rakyat.

“Bagi menyelamatkan dan membawa keluar Malaysia daripada penguncupan ekonomi ketika ini, perhatian kerajaan seharusnya beralih daripada mengawal kadar hutang dan defisit fiskal kepada meminjam lebih banyak wang.

“Obsesi terhadap mengawal defisit bagi melindungi kadar penarafan negara perlu dihapuskan bagi membolehkan kerajaan meminjam lebih banyak wang untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan rakyat,” kata Setiausaha Agung DAP itu dalam satu kenyataan.

Tambah Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan, sasaran kerajaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara akan berkembang 7.5 peratus pada tahun depan tidak realistik.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button