Berita GajetGajet

Google Lancarkan Cip Ironwood – TPU Pertama Direka Untuk Melakukan Inferens

Di Google Cloud Next 25, Google melancarkan cip Tensor Processing Unit (TPU) terbaru mereka Ironwood. Cip kecerdasan buatan (AI) ini adalah yang pertama dibangunkan oleh Google khusus untuk melakukan inferens yang kini dilihat sebagai lebih penting untuk pelbagai model AI berbanding kuasa memproses data raya sebelum ini.

Ia juga menurut Google adalah TPU yang paling berkuasa pernah dihasilkan dengan ia merupakan cip generasi ke-tujuh. Setiap cip mempunyai kuasa memproses 4,614 TFLOP dengan ia boleh melakukan latihan Model Bahasa Raya (LLM) dan Kepakaran Campuran (MoE) yang kemudiannya boleh berfikir sebelum memberikan jawapan.

Pelanggan Google Cloud kelak akan diberikan pilihan mengakses pelayar Ironwood dengan konfigurasi 256 atau 9,216 cip. Pelayar dengan 9,216 cip Ironwood mempunyai kuasa memproses 42.5 ExaFLOP yang adalah 24 kali lebih ganda lebih berkuasa berbanding superkomputer terpantas dunia El Capitan.

Sumber : Amanz

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button