Politik

Golongan belia mampu ubah lanskap politik negara

DAHULU apabila genap usia 21 tahun, sebagai warganegara Malaysia, kita digalakkan mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat negara ini apabila tiba Pilihan Raya Umum (PRU).

Kesedaran itu amat perlu kerana sejak merdeka, negara ini diwarisi oleh generasi seterusnya dan hari ini, Wira Bahagian Gombak PUTRA merasakan, untuk mengubah lanskap politik negara, perlu pengundi muda.

Melalui satu kenyataannya kepada SUARA MERDEKA hari ini, mereka menggesa golongan belia negara agar segera mendaftar sebagai pengundi.

Timbalan Ketua Bahagian PUTRA Gombak, Mohamed Shahrin Ismail berkata, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang diwartakan pada 8 Februari 2022 yang akan dikuatkuasakan pada 15 Disember 2022, ia membolehkan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik (PPSA) mengikut Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019.

“Wira PUTRA Bahagian Gombak menggesa mana-mana individu terutama belia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, segeralah mendaftar,” katanya.

Kenyataannya itu disokong oleh Ketua Wira PUTRA Bahagian Gombak, Hazriq Zamali  yang mana menurut beliau, kesedaran mendaftar segera sebagai pengundi adalah perlu kerana ia atas rasa tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.

Katanya, penglibatan belia dalam pembentukan di peringkat akar umbi memberi ruang dan pengalaman seusia mereka yang cenderung dalam berfikiran positif dan pasif.

“Sewajarnya peluang yang diberikan perlulah diambil untuk mereka mempamerkan pandangan dan kehendak di samping  menambah ilmu kepimpinan cerminan masa hadapan,” katanya.

Mohamed Shahrin berkata, PUTRA memberi peluang kepada generasi muda mendalami dan memahami politik untuk bersama-sama dalam kepimpinan serta mewujudkan kerjasama dengan golongan belia agar menjadikan Malaysia sebagai negara yan g kembali dihormati di mata dunia.

Tambah beliau, belia mestilah sentiasa bersifat aktif dan proaktif dengan kehendak mereka dan ia perlulah disantuni.

“Ini kerana mereka golongan belia atau anak muda inilah yang akan mewarnai kancah politik negara pada masa depan.

“Mereka inilah yang akan memimpin serta mewakili suara golongan majoriti yang mampu membawa perubahan sekiranya mereka dipimpin dengan betul dan atas kesedaran tentang pentingnya politik Bersih dan Bermoral untuk mengurustakbir negara,” ujarnya.

Beliau berkata, golongan belia hari ini juga wajib sedar dan bangkit untuk membuat perubahan demi masa depan mereka sendiri.

Katanya lagi,  terdapat penambahan 749,731 pengundi bawah 18 tahun.

“Pendaftaran automatik di Johor melibatkan 2.599 juta pengundi berdaftar SPR dan ia boleh ditingkatkan lagi sekiranya golongan belia peka dengan situasi ini,” katanya.

Beliau juga berkata, selepas mendapat perkenan Sultan Johor, SultanIbrahim Iskandar mendatangani watikah Pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) penggal ke-14 yang lalu, golongan belia akan sekali lagi diberi peluang memilih siapakah yang akan memimpin mereka.

Memetik ucapan Presiden PUTRA, Datuk Dr. Ibrahim Ali di Persidangan Agung Kali Kedua PUTRA pada 23 Januari lalu, beliau menegaskan, segala punca kegagalan demi kegagalan adalah disebabkan kepimpinan-kepimpinan politik negara termasuk penjawat-penjawat awam yang terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, pemborosan dan kegagalan penguatkuasaan undang-undang iaitu “Rule of Law “.

Selain itu, kata Ibrahim, ketiadaan iltizam politik dan kelemahan iman dalam kalangan pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh tauladan kepada rakyat.

Bukannya melahirkan pemimpin-pemimpin yang berperanan memusnahkan kepentingan dan maruah negara, kata Ibrahim. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button