Nasional

GO Umrah bekerjasama dengan AMAL tawar pakej Umrah menarik

BAGI umat Islam yang bercadang untuk menerjakan ibadah umrah yang telah tergendala hampir dua tahun disebabkan pendemik Covid-19 yang melanda dunia boleh menarik nafas lega apabila Konsortium Go Umrah menawarkan harga pakej yang berpatutan dengan kerjasama AMAL by Malaysia Airlines Berhad.

Pada petang semalam telah berlangsung majlis tanda tangan Memorandum Persefahaman (MoU) menandakan kerjasama antara Konsortium GO Umrah dan AMAL by Malaysia Airlines Berhad yang diwakili Tn Hj Mohammad Sunaibari Bin Mohd Khalil (Ketua Pegawai Eksekutif KRS Travel Sdn Bhd) bagi pihak GO Umrah dan Muhammad Najmi Bin Mansor, Ketua Pegawai Operasi AMAL by Malaysia Airlines Berhad disaksikan oleh wakil-wakil agensi pelancongan Konsortium Go Umrah.

Dalam pelancaran majlis ini juga, satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan 8 buah agensi pelancongan Umrah dan Haji dimeterai bagi menyeleraskan pengurusan perjalanan Umrah dan Haji menjadi cekap, berkumpulan, ekonomi, selesa dan selamat dan meminimumkan kos perjalanan Umrah dan Haji seperti penempatan hotel, tiket penerbangan dan berkaitan yang dibuat secara pukal.

Muhammad Najmi Bin Mansor, berkata kerjasama bersama KRS Sdn Bhd meningkat setiap tahun seperti contoh pada tahun 2019 hampir 30% daripada kapasiti penumpang utama AMAL.

“Kami akan memulakan penerbangan pertama ke Madinah pada 30 November 2021 (hari ini) dengan jumlah 200 orang jemaah umrah yang akan terlibat. Untuk musim ini bermula dari Disember 2021 hingga April 2022, kami menawarkan kekerapan penerbangan sebanyak lapan kali seminggu. Dan dari segi operasi bermula dari tahun ini kami akan menggunakan pesawat Airbus 330-200.” katanya lagi.

AMAL by Malaysia Airlines Berhad mula dilancarkan pada Februari 2019 dengan menawarkan perkhidmatan khusus untuk Jemaah Haji dan Umrah di mana kebanyakkan penumpang terdiri dari warga emas dan mereka yang baru pertama kali menaiki penerbangan yang memerlukan perhatian lebih oleh krew penerbangan yang berpengalaman dan patuh syariah.

Menurut Tn Hj Mohammad Sunaibari Bin Mohd Khalil (Ketua Pegawai Eksekutif KRS Travel Sdn Bhd) selaku wakil GO Umrah, tujuan utama penubuhan konsortium ini adalah untuk menguruskan perjalanan Umrah menjadi cekap, berkumpulan, ekonomi, selesa dan selamat. Pada masa sama juga ianya dapat meminimumkan kos -kos apabila penempatan hotel, tiket penerbangan dan berkaitan dibuat secara pukal.

Penubuhan konsortium ini juga bertujuan memberi lebih keyakinan kepada bakal Jemaah ingin mendapatkan pakej umrah daripada syarikat-syarikat yang bergabung mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan Umrah.

Konsortium ini telat meletakan sasaran untuk menembusi sekurang-kurangnya 30% pasaran Umrah di Malaysia dengan menawarkan pakej yang terbaik dan dapat menawan hati Jemaah dari segi kualiti dan jaminan yang sebaik mungkin. Tidak ada bayaran dikenakan kepada agensi-agensi pelancongan berdaftar untuk mengikuti consortium ini.

Manakala menurut Tn Hj Naim Shauqy, Ketua Pengarah CS Holidays Sdn Bhd, salah satu agensi pelancongan Umrah dan Haji yang menyertai konsortium ini berkata dalam situasi industri pelancong yang mencabar hari ini, agensi haruslah mengambil pendekatan untuk bergabung untuk mengatasi masalah kuota yang tidak dapat dipenuhi. Malah dengan kerjasama ditawarkan oleh pihak AMAL kos penerbangan dapat dikawal serta layanan istimewa diberkan oleh krew penerbangan kepada bakal Jemaah amat berbeza sekali.

Melalui Konsortium ini pakej Umrah VIP juga ada ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi pihak CS Holidays atau 7 agensi pelancongan Umrah dan Haji di bawah Konsortium GO Umrah 2022. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button