Bola SepakSukan

Giliran Joe Gomez pula ditimpa kecederaan

LIVERPOOL dilanda kebimbangan bek tengah, Joe Gomez ditimpa kecederaan serius sewaktu melaksanakan tugasnya bersama skuad England.

Anak-anak buah Jurgen Klopp sememangnya sedang bergelut dengan krisis bek tengah apabila Virgil van Dijk dijangka terlepas keseluruhan aksi musim ini ekoran kecederaan lutut yang serius, Trent Alexander-Arnold pula terpaksa diketepikan selama empat minggu kerana ketegangan di betisnya dan Fabinho yang menggalas tanggungjawab bagi mengisi tempat Van Dijk masih belum kembali ke pangkuan pasukan akibat masalah paha.

Bagaimanapun, Sportsmail difahamkan Gomez kini bersedia untuk diketepikan selepas ditimpa kecederaan di pangkalan latihan skuad England dekat St George Park menjelang perlawanan persahabatan menentang Republik Ireland di Wembley.

Sumber rapat dengan kem England menjelaskan Gomez ditimpa masalah berkaitan kecederaan lutut.
Kecederaan itu hampir pasti bakal mengetepikannya daripada perlawanan antarabangsa akan datang, tetapi Liverpool kini bimbang Gomez mungkin terlepas sebahagian besar daripada aksi mereka bagi mempertahankan gelaran.

Pemain pertahanan itu menjadi pertaruhan penting perancangan Klopp untuk tempoh beberapa bulan akan datang, setelah Van Dijk ditimpa kecederaan serius yang mencetuskan kontroversi kerana dia telah menerima terjahan keras daripada penjaga gol Everton, Jordan Pickford sewaktu perlawanan derby Merseyside.

Namun, kelab Anfield tersebut hampir pasti kehilangan khidmat tonggak pertahanan mereka itu, yang merupakan satu tamparan hebat bagi menghadapi jadual padat, musim ini.

Dengan ketiadaan Van Dijk untuk tempoh yang lama dan Gomez pula berdepan isu kecergasan yang serius, kelihatannya Liverpool tidak mempunyai pilihan melainkan masuk ke dalam pasaran perpindahan pada Januari ini bagi mendapatkan tandatangan pemain pertahanan.

Kehilangan salah seorang pemainnya akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa, hanya akan mengundang kemarahan Klopp.

Sebelum ini, pengurus Liverpool itu bersuara lantang tentang jadual padat yang terpaksa diharungi para pemainnya kerana musim yang terpaksa dipendekkan ekoran penggal lalu yang ditunda akibat Covid-19.

“Harap kita masih boleh melangsungkan Euro pada musim panas depan, tetapi jika kita berterusan seperti ini, kita lihat pemain mana yang boleh menyertai kejohanan tersebut.

“Kami bermain (bulan lalu) selepas rehat antarabangsa pada pukul 12.30 tengahari Sabtu di Everton. Sebahagian daripada pemain saya baru pulang dari Peru,” kata Klopp, Ahad lalu. – Daily Mail – SM

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button