Genting Hong Kong Ulangi Perangai Carrian Group Yang Lesapkan RM2.5 Bilion?
Selepas Malay National Bank (1947) terkubur, muncul sebuah lagi bank yang berfungsi untuk membantu kaum bumiputera memiliki pinjaman dengan mudah.
Bank itu diberi nama Bank Bumiputera Malaysia Bhd (BBMB) dan menerima RM50 juta sebulan daripada Petronas menerusi satu perjanjian untuk menambah dana.
Tujuan perjanjian itu dibuat adalah untuk memperkukuhkan tabung BBMB selain menjamin kepentingan pemohon bumiputera merancakkan ekonomi tanah air.
Dengan cadangan untuk memperkuatkan BBMB, Bumiputera Malaysia Finance (BMF) ditubuhkan di Hong Kong kononnya untuk mendapatkan lebih banyak wang.
Maka menerusi BMF tersebut, sejumlah wang bernilai RM2.5 bilion telah diberikan kepada Carrian Group atas dasar pelaburan.
Carrian Group pada ketika itu menguasai pasaran hartanah di wilayah itu dan pinjaman dibuat serta dibenarkan tanpa kolateral.
Namun bagi berbeza dengan layanan yang diterima oleh kaum bumiputera yang ingin membuat pinjaman, banyak perkara diperlukan.
Dalam erti kata lain, kaum bumiputera yang ingin membuat pinjaman pada ketika itu terpaksa berdepan dengan layanan pilih bulu daripada pekerja BBMB sendiri.
Menjangkau beberapa tahun selepas itu, 1983 menjadi saksi Carrian Group gagal meneruskan bayaran setelah diberi pinjaman bernilai RM2.5 bilion.
Sehubungan itu, Penolong Pengurus Besar BBMB, Jalil Ibrahim ditugaskan untuk ke Hong Kong bagi menjalankan siasatan dan audit.
Pada 17 Julai 1983, Jalil memberitahu kakitangannya bahawa dia akan pergi untuk bertemu dengan seorang ‘Datuk’.
Malangnya pada keesokan hari, Jalil ditemui meninggal dunia juga akibat dibunuh dan dicampak dalam sebuah ladang pisang di luar Hong Kong.
Selepas berpuluh-puluh tahun, Malaysia dikejutkan dengan laporan media Genting Hong Kong muflis dan juga meminjam sebanyak US$600 juta (RM2.5 bilion).
Media juga mendedahkan tiga bank Malaysia dinamakan sebagai antara ketua pemiutang tidak bercagar Genting Hong Kong.
Antaranya Maybank yang dimiliki 47% PNB, 14% KWSP dan 5% KWAP, CIMB yang dimiliki 25% Khazanah, 15% KWSP, 10% PNB dan 15% KWSP, serta RHB yang dimiliki 42% KWSP, 7% KWSP dan 5% KWAP.
Sudahlah beri pinjam tidak bercagar, menggunakan duit rakyat Malaysia, adakah ini antara sebab mengapa KWSP diam sampai ke sudah enggan beri peluang rakyat keluarkan duit sendiri?
Sejarah buktikan bukan syarikat orang bumiputera yang buat masalah namun mengapa orang bumiputera bagai terus ditindas bank tempatan semasa ingin membuat pinjaman? Ingat orang bumiputera ini sengkek? Fikir-fikirkanlah!