Luar Negara

Taman Tema Studio Ghibli akan dibuka di Tokyo

Taman tema berdasarkan filem studio anime terkenal, Studio Ghibli, yang terkenal dengan tajuk termasuk ‘Spirited Away’ yang memenangi Oscar, akan di buka di tengah Jepun pada 1 November, kata studio dan pegawai tempatan semalam.

Tarikh pembukaan untuk ‘Ghibli Park’ yang ditunggu-tunggu telah didedahkan di akaun Twitter studio itu bersama ilustrasi watak semangat hutan iaitu Totoro.

Tapak itu kini sedang dalam pembinaan dalam kawasan taman yang luas di wilayah Aichi tengah, 250km barat Tokyo, dengan kos keseluruhan ialah 34 bilion yen (RM1.26 bilion).

Salah satu daripada lima kawasan taman tema itu termasuk model bersaiz sebenar rumah yang menjadi tempat tinggal watak utama dalam anime klasik 1988 ‘My Neighbor Totoro’, membangkitkan pemandangan indah kawasan desa Jepun.

“Ia akan menjadi bahagian pertama Ghibli Park yang akan dibuka tahun ini.

“Pengunjung akan dapat masuk ke dalam patung Totoro yang dibina di belakang rumah itu,” kata pegawai kepada AFP sambil menambah bahawa maklumat mengenai tiket belum tersedia.

Dua lagi kawasan yang bertemakan ‘Princess Monoke’ iaitu kisah seorang gadis yang dibesarkan oleh serigala di dalam hutan dan satu lagi yang diilhamkan oleh ‘Kiki’s Delivery Service’ dan ‘Howl’s Moving Castle’ yang akan dibuka tahun depan.

Studio Ghibli yang diasaskan bersama oleh Hayao Miyazaki, dikenali di peringkat antarabangsa kerana mengarahkan filem ‘Spirited Away’ pada tahun 2001, tentang seorang gadis yang tersesat dalam dunia misteri dan cuba menyelamatkan ibu bapanya yang bertukar menjadi babi.

Studio itu sudah pun mengendalikan Muzium Ghibli yang sangat popular di pinggir Tokyo.

Tiket untuk muzium hanya mula dijual pada awal bulan dan selalu habis dalam beberapa jam. – SM

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button