Auto TravelEkonomiTravel

Genting Dream belayar ke tiga destinasi Malaysia

JENAMA kapal pesiaran mewah dan gaya hidup dinamik terkemuka, Resorts World Cruises,mengumumkan kapal utamanya, Genting Dream, akan belayar dari Singapura ke destinasi antarabangsa bermula 1 Julai dan seterusnya.

Ini termasuk pelayaran ke Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson) dan Pulau Pinang di Malaysia serta Kepulauan Bintan dan Batam di Indonesia.

“Kami akan terus menambah lebih banyak lagi destinasi popular ke Phuket dan Krabi di Thailand dan North Bali di Indonesia bermula Oktober 2022 dan seterusnya bagi menyediakan kepada pelanggan kami dengan lebih banyak pilihan destinasi,” kata Presiden Resorts World Cruises, Michael Goh, dalam satu kenyataan.

Goh mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Singapura, Indonesia, Malaysia dan Thailand atas sokongan berterusan mereka dalam melancarkan destinasi pelayaran dengan Resorts World Cruises.

Menurut kenyataan itu, pesiaran tiga malam Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson)-Pulau Pinang akan belayar bermula 3 Julai dan seterusnya dan kemudiannya pesiaran dua malam Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson) akan belayar pada Rabu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button