Nasional

Generasi peneroka Felda Chuping hargai peruntukan kerajaan laksana lima insentif

GOLONGAN generasi peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Chuping, Padang Besar yang berada jauh di negeri paling ke Utara tetap ingin merasa limpahan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan.

Bagaimanapun rata-rata menyifatkan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan di Bera baru-baru ini, amat melegakan.

Dengan peruntukan sejumlah RM65 juta menerusi lima insentif dalam pelbagai aspek termasuk perumahan membuktikan kerajaan ini terus prihatin kepada generasi Felda.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Chuping Timur, Nor Hamizan Ahmad, 53, berkata, dengan pimpinan seperti Ismail Sabri inilah yang diharapkan olehnya yang merupakan generasi kedua FELDA.

“Insentif ini disifatkan bukan sahaja untuk dinikmati oleh individu tetapi juga akan dinikmati oleh semua warga peneroka,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, dengan peruntukan yang diberikan bagi menaik taraf infrastrukur, ia bakal memberi kemudahan kepada warga FELFA bagi menikmati bersama.

Begitu juga katanya, dengan peruntukan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang disifatkan olehnya sebagai tepat pada masanya bagi meringankan beban peneroka yang terkesan akibat bencana alam.

Sementara itu, Wan Suriani Wan Mansor, 53, Setiausaha Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Chuping menyambut baik insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri itu.

“Sebagai peniaga saya berharap dengan insentif pinjaman perniagaan tanpa faedah antara RM5,000 hingga RM20,000 dapat membantu beliau dan wanita lain di Felda,” katanya.

Katanya lagi, ini memandangkan kebanyakan generasi kedua lebih berminat untuk memilih bidang perniagaan.

Wan Suriani berharap, kepimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri dapat diteruskan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) supaya warga FELDA terus dihargai.

Katanya, sebagai warga Felda Chuping akan memastikan Ismail Sabrilah orang yang paling layak menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-10 dan sekaligus menerajui Malaysia tercinta pada masa hadapan. – SM

(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button