Gempa sekuat 5.8 magnitud menggegarkan Jakarta
GEMPA bumi kuat menggegarkan Jakarta, Indonesia dan beberapa bahagian lain di pulau utama Jawa hari ini. Bagaimanapun tiada laporan segera mengenai kerosakan serius atau kemalangan jiwa.
Bangunan tinggi di Jakarta, ibu negara Indoesia bergoyang selama beberapa saat dan ada yang mengarahkan pemindahan.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) berkata, gempa bumi berukuran 5.8 magnitud itu bergegar pada kedalaman 123.7 kilometer (76.9 batu) berpusat di 14 km (8.7 batu) barat laut Ciranjang-hilir di wilayah Jawa Barat.
Ini adalah wilayah yang sama di mana gempa bumi berukuran 5.6 berlaku pada 21 Nov.ember, baru-baru ini. di bandar Cianjur yang meragut sekurang-kurangnya 334 nyawa dan hampir 600 mangsa mengalamai kecederaan.
Untuk rekod, gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 2018 di Sulawesi mengorbankan kira-kira 4,340 nyawa. Ia juga melanda pada kedalaman lebih cetek 10 kilometer (6.2 batu).
Gempa bumi kerap berlaku di seluruh negara kepulauan yang luas, initetapi ia jarang dirasai oleh warga kota yang tinggal di Jakarta.
Negara yang mempunyai lebih 270 juta penduduk itu kerap dilanda gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami kerana lokasinya di lengkok gunung berapi dan garisan sesar di Lembangan Pasifik yang dikenali sebagai “Ring of Fire.”
Pada tahun 2004, gempa bumi Lautan Hindi yang sangat kuat iaitu 9.8 skala Ritcher telah mencetuskan tsunami dan mengorbankan lebih 230,000 nyawa yang mana kebanyakan mangsa tsunami tinggal di wilayah Aceh. – SM