Banjir
Gelombang ketiga banjir, penduduk di Hulu Dungun dipindahkan awal
Penduduk yang tinggal berhampiran sungai di Hulu Dungun akan dipindahkan lebih awal ke pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menghadapi gelombang ketiga banjir yang dijangka melanda Khamis.
Polis berkata tindakan itu diambil selepas ramalan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangkakan kemungkinan berlakunya banjir pada 30 dan 31 Disember ini, selain untuk mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.