Jenayah

KPN sahkan Long Tiger diberkas di Kedah

Lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai ‘Long Tiger’, yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu berjaya diberkas di Sungai Petani Kedah pada Selasa.

Long Tiger atau nama sebenarnya Abd Hamim Ab Hamid, 33, ditahan oleh sepasukan polis dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan penangkapan lelaki terbabit.

“Ya benar, tangkapan dibuat di Kedah dan butiran serta maklumat lanjut mengenai tangkapan itu akan dibuat oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam masa terdekat,” katanya.

(Visited 417 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button