Politik

PM tidak dikehendaki memakai gelang pengawasan

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin tidak melanggar arahan Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan isu pemakaian gelang pengawasan.

Pejabat Perdana Menteri berkata, KKM tidak memberikan gelang pengawasan kepada Muhyiddin kerana beliau tidak dikehendaki berbuat demikian.

“Berdasarkan penilaian risiko yang dibuat oleh pegawai KKM pada 5 Oktober 2020 Perana Menteri dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri dan memantai status kesihatan kendiri di rumah setiap hari menggunakan home assessment tool dalam aplikasi MySejahtera.

“Sehubungan itu beliau tidak dikehendaki oleh KKM untuk memakai gelang pengawasan. Justeru dakwaan bahawa YAB Perdana Menteri melanggar arahan KKM adalah tidak benar,” katanya.

Sementara itu keputusan ujian saringan pengesanan Covid-19 yang dilakukan oleh Muhyiddin pada 5 Oktober lalu disahkan negatif semalam.

Related Articles

Muhyiddin turut melakukan tiga ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh tiga minggu lalu iaitu pada 22, 26 dan 29 September dan keputusannya adalah negatif.

“Perdana Menteri bagaimanapun dinasiatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan tersebut.

“Setakat ini keadaan kesihatan Perdana Menteri adalah baik. Walaupun begitu beliau akan terus melakukan kuarantin kendiri sehingga selesai tempoh 14 hari ditetapkan oleh KKM,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button