Nasionalpilihan

Gas oksigen bocor di HKL, pemandu lori melecur di tangan

Seorang pemandu lori melecur tangan kiri susulan kejadian kebocoran gas oksigen yang berlaku di Blok Kejuruteraan, Hospital Kuala Lumpur, petang tadi.

Komander Operasi, TPgB IIMohd. Eirwan Hassian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.13 petang.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila paip penyambungan lori tangki 7000 liter yang membawa gas oksigen bocor semasa melakukan kerja-kerja mengisi bekalan ke tangki di blok berkenaan.

“Beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Jalan Tun Razak dikejarkan pasukan operasi daripada BBP Titiwangsa dan BBP Jalan Tun Razak dengan kekuatan 17 orang anggota,” katanya.

Gambar Bomba KL

Menurut Mohd. Eirwan, setibanya jentera di lokasi kejadian mendapat berlaku kebocoran gas oksigen di luar bangunan tersebut.

“Persekitaran lokasi kejadian dipenuhi kepulan seperti asap berwarna putih.

“Kejadian berpunca daripada paip penyambungan daripada lori tangki berkapasiti 7000 liter yang membawa bekalan gas oksigen berkenaan bocor semasa melakukan kerja-kerja mengisi bekalan gas oksigen ke tangki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihak bomba berjaya menutup paip penyambungan terbabit dan kerja-kerja pembersihan dilakukan.

“Mangsa yang cedera dihantar ke bahagian kecemasan untuk rawatan lanjut,” ujarnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button