Rencah Hidup

Gara-gara dalgona, nyaris nyawa melayang

APABILA viral resepi membuat minuman Dalgona Kopi ramai yang teruja mencuba.

Namun ramai yang tidak sedar kesan sampingan apabila mengambil minuman yang mengandungi kafein berlebih terutama kepada pengidap darah tinggi dan gastrik.

Kafein akan meningkatkan kadar metabolisme secara mendadak dan menjejaskan jantung jika mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi.

Bagi pengidap gastrik pula kafein akan menyebabkan tindak balas sehingga menyebabkan perut berasa sebu.

Pembikinan dalgona juga menggunakan gula yang banyak juga tidak sihat kepada pesakit diabetis atau kencing manis.

Berikut dipetik komen mereka yang telah mencuba resepi berkenaan dan mengalami alahan kepada kafein berlebihan.

Ehh Jaja

lps magrib sakan buat dalgona coffee ni…tgh malam kena sakit dada,jantung laju…pegi buat ecg mmg jantung tgh laju pon..doc ckp 50/50 suspect serangan jantung🤦🏻‍♀️..trus doc buat reffer letter pegi gov hosp..saran aku,kalau rasa badan ada effect caffien tu jgn la cuba2 try..boleh memudaratkan

Azzue Abdullah

Assalamualaikum kengkawan

Sapa dh try nescafee viral tu???

Yg dh try xde pepe Kesan sampingan Alhamdullillah .yg belum try JANGAN laaa buat.

Semlm Kita try buat padahal bukan minum Nescafe sgt pon. Mlm td jadi sesak nafas.kaki Pucat kuning.p hospital.sampai Sana msk zone kuning terus buat ujian jantung.doktor ckp jantung degup laju.

Buat X-ray, amek Darah masuk air.ujian jantung 3 Kali buat.alhamdulillah stabil cuma Tekanan Darah tinggi Cecah 191 atas.Doktor ckp air tu bhaya byk kafien.

Perkongsian tuk kebaikan semua

Deeyla Rusly

Resepi Viral “dalgona coffee” buat 1 harini sakit kepala menyucuk berdenyut yakmat!😰

2 hari berturut2 minum baru harini rasa kesan dia. So untuk orang yang tak tahan jangan minum. Bahan dia tanpa air. Nescafe pekat & gula & susu segar saja.

So beringat untuk yang darah tinggi, kencing manis. Kalau ok boleh teruskan. Yg tak ok jgn selalu amal 🙌

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button