Nasional

Gajah spesis terancam ditemukan mati akibat keracunan

Seekor gajah pygmy  dari spesis terancam ditemui mati di sebuah ladang di Lahad Datu, Sabah pada pagi Jumaat lalu.

Bangkai gajah pygmy jantan dewasa dipercayai berusia antara lima hingga tujuh tahun itu ditemui oleh pekerja ladang Felda Sahabat I sekitar pukul 8 pagi.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Ariffin berkata, menurut maklumat dari Jabatan Hidupan Liar Sabah, gajah itu dipercayai telah mati kira-kira tiga hari yang lalu.

Katanya, pemeriksaan luar mendapati tidak ada luka ditemui pada bangkai gajah berkenaan.

Bagaimanapun terdapat darah pada gading, mulut dan dubur gajah berkenaan. Rektum dan lidah haiwan itu juga didapati mempunyai keradangan sederhana dan parah dengan prolaps ringan.


Jafry berkata, hasil bedah siasat mendapati semua organ gajah tersebut berada dalam keadaan sederhana hingga teruk.

“Penyebab awal kematian adalah kerana kegagalan pernafasan akibat pelbagai sebab dan pencetus berikutan keracunan, yang bermaksud disyaki keracunan,” katanya.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata, walaupun siasatan awal menunjukkan gajah itu mati akibat keracunan, mereka tidak pasti sama ada perbuatan disengaja atau tidak.

“Gajah berkeliaran mencari makanan dan kadang-kadang memakan bahan toksik secara tidak sengaja,” kata Tuuga, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.-SM

(Visited 40 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button