Nasional

Gagal patuh SOP, 76 pelajar Kolej Vokasional positif Covid-19

KETIDAKPATUHAN prosedur operasi standard (SOP) menjadi punca seramai 76 pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah, Bukit Katil positif Covid-19, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kolej tersebut telah diarahkan tutup serta merta selama tujuh hari bermula Jumaat lalu bagi mengawal penularan jangkitan dan seramai 176 pelajar kolej terbabit melakukan ujian saringan.

“Sehingga semalam seramai 76 disahkan positif manakala tiga lagi sedang menunggu keputusan.

“Seramai 71 pelajar lelaki positif, manakala lima lagi merupakan pelajar perempuan.

“Saringan ini dibuat sebaik sahaja indeks kes membabitkan seorang pelajar perempuan dikesan pada 14 Januari lalu,” katanya.

Muhamad Akmal berkata, penilaian risiko mendapati kemungkinan besar penularan ini berlaku kerana ketidakpatuhan SOP di tempat berisiko seperti surau dan bilik asrama.

“Indeks kes telah kembali ke kolej tersebut pada 9 Januari sebelum mula bergejala tiga hari kemudian.

“Kita percaya penularan kes berlaku kerana gagal mematuhi SOP dan pelajar yang bergejala masih hadir ke kelas, sebelum mengjangkiti rakan-rakan lain,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut turut diistiharkan sebagai Kluster jalan Tun Telani oleh Kementerian Kesihatan (KKM) semalam. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button